Pages

Khamis, 28 Mei 2009

pendapat yang menyentuh hatiku...

"bila seseorang lelaki telah berkahwin, perhatian keutamaan yang no 1 adalah kepada isteri, no 2 baru ibunya.. cth nya.. dalam suatu hidangan makanan, berilah makanan tu kepada isteri, barulah kepada ibu.."

tersentak aku dengar.. betul ke apa shinichi ckp.. dia mengiyakan sebab dalam Islam ada menyatakannya.. bila balik umah, aku tanyakan pd mak.. mak pun setuju apa yg shinichi ckp...
perkara ni aku timbulkan bila mendengar cerita yg suami lebih mengutamakan ibunya dlm pelbagai segi tanpa menghiraukan hak isterinya... lebih2 lagi bila isterinya mengandung... nk wat checkup, pergi klinik sorang2, kadang2 sakit, suami tiada di sisi utk pujuk...
kadang2 naluri aku merasakan yg ego seorang lelaki tidak berganjak bila melihat titisan air mata isterinya... bukan untuk memisahkan kasih sayang anak lelaki dgn ibunya... tp isterinya lebih memerlukan...
aku cuba memahami naluri ibu yang mengandung..
pelbagai rasa x selesa yang dihadapi.. dengan perasaan marah yang kadang2 mengundang.. dengan kerenah suami yg pelbagai.. dengan kesakitan mengandungkan anak suaminya..

aku harap perkara ni akan berakhir dengan baik..
bak kata shinichi mlm tu...
"bila dia da bersalin nanti, suami ada disisi, usap rambut isterinya.. azan or qamatkan anaknya.. akan lembutlah hati isterinya.. dan juga moga suaminya akan lebih banyak berfikir dan berusaha untuk mengutamakan kebajikan anak dan isterinya"

aku harap agar semuanya akan kembali seperti sedia kala... Amin..

p/s: tq dear, atas nasihat dan pandangan tu.. begitu menghargai nya...

Selasa, 19 Mei 2009

cekodok yg best...

smlm, dpt col dr ita SUK negeri, ada meting kol 5 ptg kat opis dia, aku ragu2.. nk gi ke x..
col kak surah.. dia ckp rupa2 nya.. kak linda yg nama kan aku utk ajk negeri... emm... satu lagi tugasan...
lepas punch card col 5, terus gegas gi opis ita.. tiba bukit katil.. JEMM.. rupa nya ada xcident.. motor.. kesian lak aku tgk bdk pompuan tu.. da separuh pengsan.. kena langgar... teringat lak aku masa dulu2.. pegi keje naik motor...
dalam jem tu.. ju col.. suh dtg uma mlm nya.. teman kan dia.. lan gi meting.. aku pun ok jeee.. lg pun da lama x jmpa yasmin.. rindu kat dia...
meting abis 7.30.. terus blk uma.. 8 lebih kuar blk.. mak aku smpi geleng kepala la.. tgk anak dara dia asik kuar je.. aku sengih je la bila dgr mak dok bebel2...
smpi uma lan.. aku bg salam kan men kuat.. rupanya.. 3 beranak ni.. tdo x ingt dunia.. letak bom pun x dgr gak la.. meting lan kena tunda kol 10.30.. da la dia dok suruh aku asing2 kan nama 4 sayap kat tempat dia.. adoiii.. aku dok bebel kat dia.. suka wat keje 2-3 kali..
shinichi smpi.. bwk tepung ngan sambal.. confuse gak aku.. nk wat pe.. rupanya.. wat cekodok.. hahahaha... nk tergelak pun ada.. kan men lagi dia adun tepung tu.. mcm chef wan lagak nya.. siap potong bawang.. kan senang nk tgk dia masak... tp aku terlupa la nk amik pic cekodok dia yg da siap masak... sedap sgt cekodoknya.. smpi licin pinggan tu... tp yg pasti.. kitorg mmg lapar pun...
lepas mkn.. sambung wat keje.. shinichi lak.. perut da kenyang.. wat keje skjp je.. lepas tu apalagi.. tgk2 da tertido... penat sgt agaknya keje siang tadi.. emm.. alahai..
tapi smlm... mmg best la cekodoknya.. len kali mmg nk request laa.. suh shinichi wat lagi.. hihihi

Khamis, 14 Mei 2009

tarikh luput tong gas

Ramai kat luar sana yang tak tahu. aku tahu pun dari stokist gas sebab ada insiden yang berlaku.
Selinder gas yang dah expired tidak selamat diguna dan boleh menyebabkan accident. So.. hati-hati bila menerima selinder gas dari penjual gas.
Bagaimana memeriksa selinder gas LPG :
Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut; A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06.
Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun -
  • A utk March ( Suku pertama ),
  • B utk June (Suku kedua ),
  • C utk Sept ( Suku ketiga ), &
  • D utk December ( Suku keempat ).
2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan.
Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006...

Sabtu, 9 Mei 2009

sentimental lakk....

sblm af7 mula.. astro ada tunjuk blk konsert lepas2... so ada 1 ari tu, aku tgk konsert af5.. masa konsert tu.. time farha nyanyi.. lagunya "biarkan aku menangis".. penyanyi asalnya tommy j.pisa...
bila dgr je farha nyanyi.. hati aku tersentuh sgt... sedar2 air mata da meleleh... feeling terlebih lak... huhuhuhu... sib baik org kat umah tu da tido... kalu x asik kena perli jek... cehh...
tapi mmg best la lagu ni.. part mila nyanyi (chorus) tu yg aku syahdu...

ni lirik nya...
nk donload lagu ni klik je

BIARKAN AKU MENANGIS
Kelmarin kau masih bersamaku
Bercumbu dan merayu
Adakah hari esok untuk kita bercinta
Seperti yang telah kita lewati

Mengapa terlalu cepatkau pergi
Tinggalkan batu nisan
Kenyataan ini begitu memilukan
Ingin kurasa turut serta

(chorus)Tiada guna aku hidup begini
Tanpa belaian kekasih yang sangat kusayangi
Kepedihan yang kini kurasakan
Darimu yang mencintai aku

Kelmarin kau masih bersamaku
Bercumbu dan merayu
Adakah hari esok untuk kita bercinta
Seperti yang telah kita lewati

Biarlah kurelakan kau pergi
Tinggalkan derita bersamaku
Kudoakan kau bahagia disisinya
Sementara biarkan aku menangis

Jumaat, 8 Mei 2009

besday junida hani.... yg ke 24


8.5 bersamaan arini..pagi2 lagi kak t da col, suh ingtkan yg len, arini besday ju... aku pun msj diorg sume..kol 9, shinichi col.. dok cite, lan suh dia comfirm kan tmpt nk mkn arini.. kira celebrate gak la..aku suh wat mlm.. tp diorg nk siang gak.. emm...

lastly, dpt msj dari shinichi, mkn kat restoran baba nyonya, melaka raya.. best gak la tmpt ni.. sbb da penah mkn kat sini, 1st masa buka puasa aritu..shinichi belanja..

tgk bos aku kuar je dari opis, ada prgm kat masjid tanah, aku pun kuar cepat2.. gi amik kek, gi beli bunga.. terus je gi restoran ni... shinichi ngan lan da smpi... mujur x jem.. belum waktu puncak kan.. tu yg jln clear je..

diorg ni jahat.. da la aku 1 je pompuan, sementara nk tggu kak t ngan ju smpi, diorg dok buli2 aku.. nk nangis smpi... shinichi la... mulutnya ada je idea nk usik aku ni... gerammm... sakit tangan aku dok pukul dia je..

12.30 ju smpi... lan yg sambut... mmg ju suprise gak la.. tgk muka dia sedih + gembira... kitorg nyanyi lagu utk dia.. wish kat dia... siap suapkan kami kek laa...yasmin kecik lagi... nant da besar... sure ju dpt kad besday dari yasmin kan....

JU.. LuV u... moga panjang umur, harmoni hidupmu... dan akak doakan.. ju tabah dalam kehidupan ini...

Khamis, 7 Mei 2009

titipan kasih buat mak

Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma..... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak

Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau..... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
Dulu masa belajar, kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak

Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku..... mak
Bila nak kahwin nanti.. InsyaAllah, Orang pertama aku akan tunjuk dan rujuk..... mak

MAK.. ALONG SAYANG MAK
SELAMAT HARI IBU...