Pages

Jumaat, 1 Jun 2012

**** apa itu cinta



tak usahlah sebut pasal cinta jika anda tidak sebenar-benarnya mengambil kisah.
tak usahlah bercakap tentang perasaan jika ia tidak berada dalam hati anda.
tak usahlah menunjuk ke dada jika anda berhasrat untuk melukakan hati pasangan anda.
tak usahlah sebut cinta abadi jika ada dihati anda untuk berpisah.
tak usahlah memandang ke matanya jka anda berbohong kepadanya.
tak usahlah sebut sayang jika kelak anda mengucapkan selamat tinggal.

Rabu, 9 Mei 2012

10 Sebab Jangan Pilih Suami Orang



1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

***** Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua…khususnya wanita…

from: gilerkentang.com

Khamis, 26 April 2012

wedding aisarie

hye sume...
tanggal 14/4/2012.. adik aku yg no 4 lak yg kawen..
seperti biasa la,soklan cepu emas... kak long bila lg.. 4 da langsung da... kali ni aku bg jwpn, insyaAllah, lepas ni turn aku pulak..


ni lepas nikah..13/4.2012(jumaat) lepas asar..
 mak pak amik gambar sesama..
(atlast, smlm br aku dpt tau.. ptt la mak pak si arie ni mcm kenal jek.. keje kat JKMM gak..)

 mlm lak pki sanggul lintang.. sambil pangku adam.. tgk bunga api.. takut smpi kuat dipeluk nye..
aku sempat ckp dgn mak, diorg ni mcm pengantin kanak2.. sbb dua2 nye rendang jekk..   ;)
 sempat lg outdoor photoshoot kat tmn seribu bunga..
.. tu blkg opis aku.. hehehe.. nant nk amik gmbr kat sini gak laa..
jom.. jom..

free style.. sweetest memories ever lah
tgh2 kemas, mak dok panggil2... amik gambar sama2.. lmbt sgt, ayah sempat karaoke.. 2 lagu lg.. adoiii sempat lg pak aku tu.. adam & diha da mengamuk, sbb lmbt sgt.. nk kurangkan tensen diorg, bg je la apa yg ptt nk wat leka.. ni la hasil nye.. da ramai da.. penuh da umah

Rabu, 18 April 2012


Wanita 1: sayang, u cintakan i?
Lelaki : iskk, u ni.. of course la I cinta kan u. sgt2 tau. Klo u xde mati i..
Wanita1: betul?
Lelaki: ye sayang, I tak tipu.
Wanita1: u ni, jangan la raba2 i..
Lelaki: I raba sikit je sayang
Wanita1: taknak la. . klo terlanjur mcm mane?
Lelaki: kita kawen la.. I jumpa parents u
Wanita1: betul? U nak kawen dengan i?
Lelaki: betul sayang. . . sumpah. . u diam je .. jgn ckp ape2. I pegang skit2 je.

SETAHUN LEPAS TU. . .

Wanita1 : sampai hati u. . . tipu i.. dulu u kate nak nak kawen dgn i. tapi bile u dah dapat. U kawen dengan perempuan lain..
Lelaki : I lelaki, u ingat I nak kawen dengan perempuan yang senang2 I boleh dapat? I nak perempuan yang suci.. bukan mcm u. yang senang2 bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kawen dengan u?
Wanita1: sampai hati u ckp mcm tu, dulu. . mase u nak.. mcm2 janji manis u bagi. Tapi skrg u salahkan i?
Lelaki: I lelaki . . I Cuma uji u. . tapi u bagi. . I ambil la. .
Wanita1: U memang jantan tak guna. . I menyesal kenal dengan u
Lelaki: u menyesal? Tapi I puas. . jgn lupa datang kenduri I nanti.
Wanita1: u akan dapat balasannye nanti . .
Lelaki tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita yang diimpikannya..

MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA

Lelaki: sayang. . . I love u so much. .
Wanita2: me 2 sayang. .
Lelaki: I bertuah kawen dengan u.
Wanita: I pun, sayang.. I ada something nak bagitahu u
Lelaki: ape dia sayang?
Wanita2: sebenarnya.. u bukan lelaki pertama yang tido dengan I . . I pernah tido dengan semua teman lelaki i. . untuk suke2. . . cari kepuasan . . tapi bile nak kawen. . I cari lelaki baik mcm u untuk jadi suami i. . u tak kesahkan?

Lelaki: WHAT??????????????????

Moral of the story: Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.. Sebar-sebarkan…

Isnin, 2 April 2012

suka kat dia...

da lama suka kat dia.. x ensem.. tp sgt baik..
da lama nk kenal dgn dia.. salam perkenalan dr dia, aku terima seadanya..
harap ianya berkekalan.. amin