Pages

Rabu, 28 Mei 2008

@@@@@ uNit IT UMNO meLaKa diBubarKan @@@@@

(masa jamuan hari raya di rumah mlk, jln bellamy, kl)
dari kiri
belakang:fadil, ee, fairuz
tengah: along(kpu3 tangga batu), asri, jun, kak emy(kpu3 mlk), me, zairi, dini, faizul
depan: ag & maznh

13.5.2008 bersamaan selasa..
aku col jun, tny kenapa ada meting tergempar.. aku x puas hati la sbb setelah 2 ari aku tgglkan unit it ni, ada lak meting tergempar.. tu yg confius. setelah jun bgtau unit it telah dibubarkar.. menitik air mata aku mengenangkan nasib kwn2 aku yg lain.. takut nasib diorg x terbela setelah 2 tahun berkhidmat x kira siang atau mlm sia-sia saje...
ptg tu lepas opis.. aku bergegas ke opis umno negri, nk tau citer yg sebenar2 nya.. begitu emosi diorg citer.. tapi aku bangga ngan maznh sbb berani bersuara ngan kak emy ttg nasib bdk2 it yg cuma ada sijil dan juga spm..
alhamdulillah.. diorg telah hadir interview dgn micth dan aku doa2 kan diorg dpt la job tu..

************TIPS KASIH SAYANG************

Bila kita dah lama kawin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Dibawah ini ada sedikit tips dari saya. Harap-harap anda akan berjaya.

1. Cuit-cuit
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.

2. Kenyit-kenyit.
Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggemberikan hati anda.

3. Ops, maaf terpegang.
Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ops, maaf terpegang, tak sengaja. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikittetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada ummphhh!.

5. Tersentuh tangan.
Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut mengurut.
Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda.. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual.

7. Usik melalui telefon.
Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.

8. Suapkan makanan.
Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.

9. Betul-betulkan rambut.
Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah, romantiknya.

10. Jalan macam itik pulang petang.
Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.

11. Nak masukkan gear, ops, terpegang tangan.
Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.

12. Opss.. tuala terlepas
Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda.

13. Jeling-jeling
Kalu tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula pada anda.

14. Gesel-gesel
Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnyaĆ¢€¦

15. Cubit-cubit
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya.

16. Hembusan lembut pada telinga.
Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi.

17. Ciuman di dahi
Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah, mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu-tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik.
Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

19. Tolong betulkan baju
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si dia.

7 'C' SEBAB SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadillah Kamsah )

Untuk semua isteri, bakal isteri dan jugak yg beristeri ...
C1. CABAR
Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...

C2. CABUL
Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR
Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje ... Ade isteri kata - mekap untuk suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ...

C6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ...

Selasa, 29 April 2008

.............PeRNaH KaH............

PERNAHKAH terfikir orang yang kita sayangi mula berubah hati? Jika sebelum ini dia kerap menghubungi bahkan sentiasa punya masa dan bersedia membantu, kini segalanya sudah berubah.Ramai yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada?Lantas, insan paling rapat dengan diri pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100 peratus. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura?Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula 'memasang' yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan:

  • Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda. Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’. Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.

Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda. Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah. Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit.Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian. Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.

  • Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama. Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan. Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai. Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan. Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya. Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

  • Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.

Tidak lagi rajin menelefon anda Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum. Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung. Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

Ahad, 30 Mac 2008

org yg mencintaimu..ada betul ka??

Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia
mencintai kamu. Yang dia tahu dihatidan dimatanya hanya ada kamu satu-satunya.
  • Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli!
    Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘SelamatPagi’, ‘Selamat Hari Minggu’, ‘SelamatTidur’, ‘Take Care’, ‘Good Nite’ dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS- nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yangberbeza, bukan “aku CINTA padamu”,tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

  • Jika kamu menyambut hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak- tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca.Kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

  • Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapanyang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu,bahkan mungkin meminjam CD milik kamu,kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga,walaupun sukar meminati kesukaan kamu,tapi akhirnya dia berjaya.

  • Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

Jika kamu mengatakan akan pergi kursus atau menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila kursus atau ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

  • Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap ditelefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itudia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauhdimata, jauh dihati?’

  • Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang tidak masuk akal seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu (merinduimu).

  • Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

Rabu, 26 Mac 2008

aku teruji lagi

wahai blog ilhamku..
aku teruji lagi kini..
xtau la mcm mana nk ku luahkan..
tak tau kat mana nk mulakan..
hanya lagu "ku merindu" nyanyian ella ft shah yg aku dok ulang2 dari pagi tadi..

Lirik Ku Merindu

Shah:
Ku merindu,
Merindu cinta yang tulus dari hatimu
Selalu ku impikan hidup bersamamu
Ku kan selalu menanti balasan cintamu

Ella:
Ku berjanji,
Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku
Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku
Agar kau dapat menerima cintaku
Ku selalu, merindu cintamu

Yang selalu ada di jiwaku

Chorus:
Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Usah kau ragui cintaku
Ku tetap merindu
Aku tahu kau pun cinta

Tapi malu tuk berkata
Ku tunggu jawapan cintamu
Ku tetap merindu
Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu

Ku harap kau merestui cinta dariku
Yang selalu setia menunggu dirimu…

p/s : ermmm... smpi bila nak tungguu..

masih ku teringat


Salam..


Bulan 4 ni, genapla 1 tahun 7 bulan aku berkhidmat dengan UMNO sebagai Penolong Pegawai Sistem Maklumat.. pejam celik.. sekejap je.. dengan tawa dan air mata.. pelbagai peristiwa pahit dan manis.. team IT Mlk harungi jugak walaupun kekadang perit la jugak..
Masih aku ingat, mula2 dulu masuk team ni, kitorg kena gi kursus kat langkawi 6 hari kat sana.. satu perjalanan yg cukup lama.. masa tu sume masih malu2 nak bersuara... aku smpi sekarang masih ingat, zairi ngadu kat aku.. mabuk laut dia 2 hari baru ilang.. hehehe.. org x pernah naik bot..

Pilihanraya '07
Bulan 1, team IT Mlk kena bertugas kat pilihanraya Batu Talam di Felda Tersang 1.. sebulan kat sana, kami dah macam adik beradik.. baru la aku tau perangai tiap2 sorang budak2 dalam team ni.. bak kata org "tak kenal maka tak cinta".. tapi aku tak la smpi jatuh cinta ngan diorg tu... huhuhu...
Bulan 2 & 3 pilihanraya Machap.. satu dugaan yg cukup teruji.. sbb kitorg kena jaga 1 bahagian 1 petiundi..aku ngan zairi di tugaskan kat petiundi Tebong (yg paling jauh sekali).. 3 minggu kat sana, aku tak pernah balik rumah walaupun hati meronta ronta nk blk.. tapi aku sabarkan diri.. smpi skrg aku still lagi contact dengan kelurga angkat kat sana.. memori yg paling indah la..
Bulan 3 & 4, di Ijok..aku still ingat lagi.. depan mata aku rusuhan berlaku.. takut gak masa tu sbb masa tu dalam van..takut di pecahkan je van tu...huhuhu

Ke sana sini
Lepas pilihanraya, kitorg kena lak gi negeri2 yg panggil team IT Mlk utk ajar diorg cara guna systm.. dari selatan ke utara.. barat dan jugak timur.. penat jgn cakap la.. tapi bila pandang elaun.. kurang skit la penatnya.. sambil ke sana sini.. aku kena gak sediakan data untuk dun ayer molek.. siapkan bilik gerakan diorg.. kalu tak nanti hj Azmi ngan kak asurah asyik bising2 je... tapi yg paling aku tak tahan dengan karenah hj azmi yg cerewet tu... adusss... tapi akhirnya.. bilik gerakan dun tu la yg paling cantik aku tgk dalam bhgn aku.. hehehe
selain tu.. aku kena gak wat latihan IT utk bdk2 pu3 it bhgn aku.. smpi sakit tekak laa... sbb kena bg taklimat straight dari kol 8 pagi sampi 3 ptg... tapi diorg mmg best... kerjasama diorg dah mcm adik beradik... thanks wat k.linda, k.pena dan k.asurah yg byk tlg aku ngan zairi utk taklimat ni.. luv u all..

PRUM 12 '08
Tempoh 3 minggu dari pembubaran parlimen hinggalah ke penamaan calon sampaila ke hari pilihanraya amat mendebarkan dada aku ni... selain dari laptop yg bdk2 ni wat hal yg tak masuk akal, smpi la ke printer yg x leh nk print data.. kalu tak cukup sabar.. mmg nak nangis laa..
aku ke hulur ke hilir ngan motor EX 5 kesayangan aku tu.. kol 2-3 pagi baru blk uma.. takut mmg takut.. tapi aku kuatkan semangat... aku ada gak cuba tdo kat opis 1 hari.. tapi, cukupla.. tak nak lagi tido opis.. TAKUT.. hehehe
mlm sblm p'raya, aku xleh tido.. takut apa akan jadi pada 8.3.08 tu.. tapi alhamdulillah.. semua nya berjalan dengan lancar smpi ke ptg..


Kesimpulannya.. aku amat berterima kasih pada k.emy (bigboss kitorg) sbb byk beri dorongan dan semangat kat kitorg utk menghadapi org2 besar mcm datok2, ketua menteri.. sbb dulu mula2 mmg takut la..hihihi
aku akan merindui saat2 aku bersama team IT
-"zetty (skrg da jd cikgu), along huzaini (pegawai seranta JASA), maisura (suri rumah sepenuh masa), dini, maznah, ag, jun, elli, qda, zairi, wan, k-rol, fairuz, faizul, ee, asri dan fadil.."
walaupun kekadang gaduh smpi masam2 muka.. tapi, biasala.. air di cincang tak kan putus..

AKU SAYANG KORANG......muaahhhh...