Pages

Ahad, 30 Mac 2008

org yg mencintaimu..ada betul ka??

Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia
mencintai kamu. Yang dia tahu dihatidan dimatanya hanya ada kamu satu-satunya.
  • Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli!
    Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘SelamatPagi’, ‘Selamat Hari Minggu’, ‘SelamatTidur’, ‘Take Care’, ‘Good Nite’ dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS- nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yangberbeza, bukan “aku CINTA padamu”,tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

  • Jika kamu menyambut hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak- tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca.Kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

  • Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapanyang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu,bahkan mungkin meminjam CD milik kamu,kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga,walaupun sukar meminati kesukaan kamu,tapi akhirnya dia berjaya.

  • Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

Jika kamu mengatakan akan pergi kursus atau menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila kursus atau ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

  • Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap ditelefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itudia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauhdimata, jauh dihati?’

  • Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang tidak masuk akal seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu (merinduimu).

  • Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

Rabu, 26 Mac 2008

aku teruji lagi

wahai blog ilhamku..
aku teruji lagi kini..
xtau la mcm mana nk ku luahkan..
tak tau kat mana nk mulakan..
hanya lagu "ku merindu" nyanyian ella ft shah yg aku dok ulang2 dari pagi tadi..

Lirik Ku Merindu

Shah:
Ku merindu,
Merindu cinta yang tulus dari hatimu
Selalu ku impikan hidup bersamamu
Ku kan selalu menanti balasan cintamu

Ella:
Ku berjanji,
Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku
Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku
Agar kau dapat menerima cintaku
Ku selalu, merindu cintamu

Yang selalu ada di jiwaku

Chorus:
Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Usah kau ragui cintaku
Ku tetap merindu
Aku tahu kau pun cinta

Tapi malu tuk berkata
Ku tunggu jawapan cintamu
Ku tetap merindu
Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu

Ku harap kau merestui cinta dariku
Yang selalu setia menunggu dirimu…

p/s : ermmm... smpi bila nak tungguu..

masih ku teringat


Salam..


Bulan 4 ni, genapla 1 tahun 7 bulan aku berkhidmat dengan UMNO sebagai Penolong Pegawai Sistem Maklumat.. pejam celik.. sekejap je.. dengan tawa dan air mata.. pelbagai peristiwa pahit dan manis.. team IT Mlk harungi jugak walaupun kekadang perit la jugak..
Masih aku ingat, mula2 dulu masuk team ni, kitorg kena gi kursus kat langkawi 6 hari kat sana.. satu perjalanan yg cukup lama.. masa tu sume masih malu2 nak bersuara... aku smpi sekarang masih ingat, zairi ngadu kat aku.. mabuk laut dia 2 hari baru ilang.. hehehe.. org x pernah naik bot..

Pilihanraya '07
Bulan 1, team IT Mlk kena bertugas kat pilihanraya Batu Talam di Felda Tersang 1.. sebulan kat sana, kami dah macam adik beradik.. baru la aku tau perangai tiap2 sorang budak2 dalam team ni.. bak kata org "tak kenal maka tak cinta".. tapi aku tak la smpi jatuh cinta ngan diorg tu... huhuhu...
Bulan 2 & 3 pilihanraya Machap.. satu dugaan yg cukup teruji.. sbb kitorg kena jaga 1 bahagian 1 petiundi..aku ngan zairi di tugaskan kat petiundi Tebong (yg paling jauh sekali).. 3 minggu kat sana, aku tak pernah balik rumah walaupun hati meronta ronta nk blk.. tapi aku sabarkan diri.. smpi skrg aku still lagi contact dengan kelurga angkat kat sana.. memori yg paling indah la..
Bulan 3 & 4, di Ijok..aku still ingat lagi.. depan mata aku rusuhan berlaku.. takut gak masa tu sbb masa tu dalam van..takut di pecahkan je van tu...huhuhu

Ke sana sini
Lepas pilihanraya, kitorg kena lak gi negeri2 yg panggil team IT Mlk utk ajar diorg cara guna systm.. dari selatan ke utara.. barat dan jugak timur.. penat jgn cakap la.. tapi bila pandang elaun.. kurang skit la penatnya.. sambil ke sana sini.. aku kena gak sediakan data untuk dun ayer molek.. siapkan bilik gerakan diorg.. kalu tak nanti hj Azmi ngan kak asurah asyik bising2 je... tapi yg paling aku tak tahan dengan karenah hj azmi yg cerewet tu... adusss... tapi akhirnya.. bilik gerakan dun tu la yg paling cantik aku tgk dalam bhgn aku.. hehehe
selain tu.. aku kena gak wat latihan IT utk bdk2 pu3 it bhgn aku.. smpi sakit tekak laa... sbb kena bg taklimat straight dari kol 8 pagi sampi 3 ptg... tapi diorg mmg best... kerjasama diorg dah mcm adik beradik... thanks wat k.linda, k.pena dan k.asurah yg byk tlg aku ngan zairi utk taklimat ni.. luv u all..

PRUM 12 '08
Tempoh 3 minggu dari pembubaran parlimen hinggalah ke penamaan calon sampaila ke hari pilihanraya amat mendebarkan dada aku ni... selain dari laptop yg bdk2 ni wat hal yg tak masuk akal, smpi la ke printer yg x leh nk print data.. kalu tak cukup sabar.. mmg nak nangis laa..
aku ke hulur ke hilir ngan motor EX 5 kesayangan aku tu.. kol 2-3 pagi baru blk uma.. takut mmg takut.. tapi aku kuatkan semangat... aku ada gak cuba tdo kat opis 1 hari.. tapi, cukupla.. tak nak lagi tido opis.. TAKUT.. hehehe
mlm sblm p'raya, aku xleh tido.. takut apa akan jadi pada 8.3.08 tu.. tapi alhamdulillah.. semua nya berjalan dengan lancar smpi ke ptg..


Kesimpulannya.. aku amat berterima kasih pada k.emy (bigboss kitorg) sbb byk beri dorongan dan semangat kat kitorg utk menghadapi org2 besar mcm datok2, ketua menteri.. sbb dulu mula2 mmg takut la..hihihi
aku akan merindui saat2 aku bersama team IT
-"zetty (skrg da jd cikgu), along huzaini (pegawai seranta JASA), maisura (suri rumah sepenuh masa), dini, maznah, ag, jun, elli, qda, zairi, wan, k-rol, fairuz, faizul, ee, asri dan fadil.."
walaupun kekadang gaduh smpi masam2 muka.. tapi, biasala.. air di cincang tak kan putus..

AKU SAYANG KORANG......muaahhhh...