Pages

Isnin, 27 April 2009

jika aku mampu

jika aku mampu
mengubah waktu dahulu
takkan aku lalui ini semua
sakit... penat dan meletikan

jika aku mampu
mengubah takdir diri
akan kupenuhi dengan warna ceria
hidup ini takkan ada yang menangis lagi....

jika aku mampu
mengawal waktu
segala cerita duka kan kusingkir jauh dari hidup
agar lebih bermakna

jika aku mampu
takkan kubiar setitispun air mata ibu dan ayahku mengalir
akan kupastikan kebahagianan dan kegembiraan terukir di wajah kalian

namun aku insan biasa
redha dengan takdir NYa

aku tak mampu mengubah waktu
aku tak mampu
aku sekadar insan biasa
yang mencuba untuk menjadi luar biasa....

Tiada ulasan: