Pages

Khamis, 14 Mei 2009

tarikh luput tong gas

Ramai kat luar sana yang tak tahu. aku tahu pun dari stokist gas sebab ada insiden yang berlaku.
Selinder gas yang dah expired tidak selamat diguna dan boleh menyebabkan accident. So.. hati-hati bila menerima selinder gas dari penjual gas.
Bagaimana memeriksa selinder gas LPG :
Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut; A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06.
Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun -
  • A utk March ( Suku pertama ),
  • B utk June (Suku kedua ),
  • C utk Sept ( Suku ketiga ), &
  • D utk December ( Suku keempat ).
2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan.
Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006...

Sabtu, 9 Mei 2009

sentimental lakk....

sblm af7 mula.. astro ada tunjuk blk konsert lepas2... so ada 1 ari tu, aku tgk konsert af5.. masa konsert tu.. time farha nyanyi.. lagunya "biarkan aku menangis".. penyanyi asalnya tommy j.pisa...
bila dgr je farha nyanyi.. hati aku tersentuh sgt... sedar2 air mata da meleleh... feeling terlebih lak... huhuhuhu... sib baik org kat umah tu da tido... kalu x asik kena perli jek... cehh...
tapi mmg best la lagu ni.. part mila nyanyi (chorus) tu yg aku syahdu...

ni lirik nya...
nk donload lagu ni klik je

BIARKAN AKU MENANGIS
Kelmarin kau masih bersamaku
Bercumbu dan merayu
Adakah hari esok untuk kita bercinta
Seperti yang telah kita lewati

Mengapa terlalu cepatkau pergi
Tinggalkan batu nisan
Kenyataan ini begitu memilukan
Ingin kurasa turut serta

(chorus)Tiada guna aku hidup begini
Tanpa belaian kekasih yang sangat kusayangi
Kepedihan yang kini kurasakan
Darimu yang mencintai aku

Kelmarin kau masih bersamaku
Bercumbu dan merayu
Adakah hari esok untuk kita bercinta
Seperti yang telah kita lewati

Biarlah kurelakan kau pergi
Tinggalkan derita bersamaku
Kudoakan kau bahagia disisinya
Sementara biarkan aku menangis